Kurang 15 Peratus Wanita Jalani Pemeriksaan Masalah Keputihan

Kurang 15 Peratus Wanita Jalani Pemeriksaan Masalah Keputihan

cara-cara merawat penyakit keputihan pada faraj wanita


Masalah Keputihan Pada Wanita

Mungkin ramai wanita menganggap masalah keputihan perkara biasa. Namun rasa tidak selesa dan kurang yakin sering menggangu kehidupan harian mereka. Itu antara dua kesan dihadapi oleh setiap wanita yang mempunyai masalah keputihan terutama apabila ia terjadi dengan teruk.

Keputihan dihadapi oleh kebanyakan wanita adalah sesuatu yang biasa kerana ia sebenarnya proses perubahan hormon dan pembersihan apabila sel yang mati dikeluarkan daripada lubang faraj.

Selain wanita yang sudah berkahwin dan hamil, remaja juga mengalami masalah keputihan, malah kadang-kadang ada kanak kecil turut kena.

Kebiasaannya remaja jarang mengalami masalah keputihan kecuali apabila mengambil ubat tertentu seperti ubat untuk penyakit diabetes, mempunyai sistem imun badan rendah atau seorang yang aktif secara seksual.

Berbanding wanita hamil yang sememangnya berisiko mengalami masalah keputihan kerana perubahan hormon ketika kehamilan menyebabkan wanita berkenaan selalu mengalami jangkitan kulat dengan anggaran 80% atau lapan daripada 10 wanita yang mengandung ada kemungkinan mempunyai masalah keputihan ini.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Dr Asiah Abdullah, dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin, dianggarkan 75% akan mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku disebabkan wanita itu sudah mempunyai pendedahan seksual dan ia menyebabkan dirinya lebih berisiko.

“Ada ibu yang risau apabila mendapati anak perempuannya pada usia bayi sudah ada masalah keputihan. Hal itu tidak perlu bimbang kerana keputihan adalah kitaran perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan cecair itu keluar.

“Keputihan dianggap bermasalah sekiranya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk dan hanyir serta menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang. Keputihan itu juga tidak lagi berwarna putih lagi, tetapi berketul-ketul seperti keju dan menjadi kekuningan serta hijau. Sekiranya tanda ini ada pada anda, pemeriksaan secara menyeluruh perlu dilakukan," katanya.

Tidak Jejas Kesuburan

Kesan penyakit keputihan kepada bau faraj dan luka serta kepada hubungan suami isteri
Adakah faraj saya berbau?

Menurutnya, keadaan seumpama itu selalunya disebabkan penyakit lain atau dikaitkan dengan jangkitan kuman seperti tricomonas, bakteria dan flagellat.

“Jika keputihan keluar banyak sehingga menyebabkan gatal dan sakit pada bahagian sulit, wanita berkenaan perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan rapi. Ini berikutan kegatalan yang berlebihan menyebabkan seseorang itu menggaru sehingga kulit vagina melecet dan terasa pedih atau seperti terbakar.

“Faraj mengandungi bakteria semula jadi Bacillus asidofilus yang menghasilkan asid lactate yang berfungsi melindunginya dari kemasukan kulat dan kuman. Kadangkala pembiakan bakteria ini meningkat dan menyebabkan pengeluaran cecair berwarna putih kekuningan dan berbau masam.

“Bau masam juga boleh berlaku akibat tindak balas kuman kepada peluh yang sering berlaku pada bahagian kemaluan,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Asiah berkata, kebanyakan wanita malu mendapatkan bantuan doktor dan menganggap masalah seumpama itu adalah perkara biasa.

“Hanya kurang 15% yang datang untuk menjalani pemeriksaan kerana malu selain tidak prihatin tahap kesihatan diri. Selain itu, ada yang lebih suka merawatnya dengan kaedah tradisional dan cuba mengubah amalan pemakanan.

“Jika tidak berjaya, baru mereka datang berjumpa doktor untuk rawatan tetapi bagi kebanyakan wanita hamil masalah keputihan dirawat dan dikesan doktor apabila wanita berkenaan membuat rutin pemeriksaan,” katanya.

Dr Asiah berkata, masalah keputihan disebabkan jangkitan kulat tidak membawa kesan pada kesuburan tetapi daripada segi hubungan seksual antara suami isteri sememangnya ada kesan. Apabila masalah keputihan teruk dan berbau sudah tentu tiada keinginan untuk melakukan seks yang akhirnya mengakibatkan masalah rumah tangga.

“Radang pada kawasan sulit menyebabkan pasangan berasa sakit dan tidak selesa apabila hendak bersama. Malah, walaupun tidak dikategorikan dalam penyakit kelamin berjangkit, jika isteri ada masalah keputihan, suami boleh mendapat jangkitan kuman dan kesan yang dialaminya juga sama termasuk, sakit ketika hendak buang air.

“Keadaan itu sama seperti bayi yang berasa sakit dan sering menangis apabila melecet dan ada masalah ruam atau radang lampin,” katanya.

Menurutnya, pengecutan rahim kadang-kadang menyebabkan keluar darah beku dan darah yang banyak.

Fakta Mengenai Keputihan

- Secara umumnya, wanita mudah mengalami keputihan sebelum waktu haid mereka.

- Masalah keputihan boleh dirawat, tetapi boleh berulang jika tidak mengambil dos ubat yang ditetapkan.

- Ada dua jenis rawatan iaitu pil makan dan ubat sapu atau ubat suppofositori berbentuk peluru yang dimasukkan ke dalam ruang faraj.

- Wanita yang berkahwin, hamil dan pernah mengadakan hubungan seksual lazimnya akan diberikan suppofositori yang diambil pada waktu pagi dan malam. Pil makan lebih sesuai bagi wanita yang belum berkahwin atau belum pernah mengadakan hubungan seksual.

- Rawatan selalunya mengambil masa seminggu tetapi masalahnya, ada pesakit yang berhenti mengambil ubat selepas tiga hari apabila sudah nampak kesannya.

- Krim sapu bertujuan mengurangkan masalah radang, gatal dan melecet pada bahagian sulit dan celah kangkang.

- Individu yang mengalami masalah keputihan disarankan mengamalkan amalan pemakanan dengan memperbanyakkan makan sayur hijau dan dadih yang ada kandungan lactobasillus,

- Wanita yang ada masalah radang digalakkan kerap menukar seluar dalam dan memakainya yang diperbuat daripada kain kapas serta longgar.

- Ada wanita mengambil pil perancang mengalami masalah keputihan yang teruk, tetapi ia bukan berlaku pada semua wanita.

- Dalam pemeriksaan, doktor akan mengambil cecair sampel daripada faraj wanita untuk melakukan kajian mikrob supaya dapat mengenali jangkitan sebenar bagi memudahkan penentuan ubat yang sesuai.

Jenis Jangkitan Akibat Keputihan

- Kulat Candidiasis (keputihan seperti kepingan susu basi) yang perlu dirawat.

- Kuman Tricomonas (lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak, berbuih)

- Bacterial vaginosis (lelehan berbuih, berbau hanyir)

- Kuman Chlamydia (jarang menyebabkan lelehan)

- Kuman Gardneralla (lelehan cair berbau busuk).

Krim Rawatan Kulit Ozpure



Krim Ozpure yang dibuat daripada minyak zaitun adalah pilihan kepada wanita yang menghadapi gatal-gatal pada kawasan kemaluan akibat masalah keputihan. Krim Ozpure yang ada kelulusan KKM selamat digunakan, dan ia berasa berangin. Fungsi krim ini ialah dapat membantu membunuh bakteria, melembabkan kulit dan membaiki kulit yang rosak.

Krim ini dibekalkan dengan sabun minyak zaitun dan ia digunakan bagi membersihkan kawasan faraj sebelum disapu krim Ozpure ini.

Ozpure bukan sahaja digunakan bagi merawat faraj yang gatal bahkan boleh digunakan di kawasan badan yang lain seperti terkena kurap, ekzema dan sebagainya. Ia juga digunakan untuk merawat masalah gatal zakar.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut krim Ozpure ini, sila klik pautan berikut:

Cara Hilangkan Gatal Kemaluan Dengan Berkesan


Sumber Artkel: Harian Metro: Kurang 15 Peratus Jalani Pemeriksaan

Comments